Sunday, February 14, 2010

Badri & Yusriani

Tarikh dipilih... Feb 14'2010... Valentine day... jatuh exactly on Chinese New Year 2010 the year of tiger... Mat Bad mengakhiri zaman bujangnya. Sebagai kawan lama, sekolah Tun Syeh Sheh, membesar sekali selama 5 tahun rasa macam adik beradik saja.... Kami mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua2 mempelai... Badri & Yusriani semoga dilimpahkan rahmah & bahagia hingga ke anak cucu.

Lebih 20 tahun yang lalu... kami (kawan2 lama Mat Bad) pernah mai rumah Bad ni waktu kakak dia kahwin. Kami datang naik keretapi dari Bukit Mertajam sampai ke Stesen Keretapi Kobah... jalan kaki di celah2 batas ban untuk sampai ke rumah Bad. Mengenang kembali, kami dilayan class VVIP di rumah family Bad. Malam tu kami dihidangkan dengan nasi bersama ikan tamban kering & sayur lemak rebung... nampak simple saja... tapi kami makan macam hantu raya malam tu pasai sedap yg tak dapat nak cerita..! Makan kenyang sampai esok pagi..!! Lepas makan, seperti biasa...hisap udara nyaman...lepak atas "wakaf kenduri" sembang2... sampai lewat malam/pagi.... dalam banyak2 cerita, yg tidak dapat dilupakan adalah al-kisah "MAT KILAT"... *cerita berulang kembali dengan gelak ketawa...!!! *oleh kerana cerita ini tidak mendapat kelulusan, maka tidak dapat disiarkan di laman ini. Kalu nak tau jugak sila berhubung personality dibawah.

Anyway, kenduri rumah Bad ini... bukan saja best tapi mengimbau cerita2 lama yang tersirat 20 tahun lalu. Stesen keretapi Kobah pun dah tak ada lagi sekarang ini but the memories still live within us.

Akhir cerita, kami sekali lagi mengucapkan selamat pengantin baru and selamat "menulis" new chapter in your life....

PS:- Terima kasih kerana jemput kami pi kenduri...dan minta maaf kalu ada puak2 yg kelaku tak senonoh semasa majlis dijalankan.... :-)..!

Location : Pendang, Kedah
MORE PICTURES

1 comment:

Tumpang Rehat said...

bad nampak muda... hehe..