Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Sunday, May 01, 2011

Mira & Fakrul

A'salam....
1st May adalah hari yang bersejarah buat pasangan Mira & Fakrul...satu chapter baru dalam kehidupan mereka..dan kami merasa amat berbangga since diberi peluang to capture their memorable moment..! Well... shooting ni memang best! Walaupun hari yg panas... sweat all over :) .... semua itu dapat dilupakan...! Why.. they are very sporting! Last but not least... we all that sabar nak tunggu next event which will be coming soooonnn...!

Location : Kepala Batas

Tuesday, June 15, 2010

Zainal & Diana

Zainal & Diana... tarikh yg dipilih 12 June 2010. Berkenalan dgn mereka... suatu yg tidak dapat dilupakan...! Zainal..orangnya tinggi lampai... berasal dari Miri Sarawak. Bertemu Diana... di Pulau Pinang... jauh tu...! Ada cerita disebalik semua itu.. :-)

Tidak ketinggalan..Kami sebagai OP pada hari tu... mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke anak cucu..! dan tidak lupa juga... thanks a lot kerana memilih kami sebagai OP untuk capture the most memorable day for both of you.. THANKS!

Location : Kulim Kedah
*note... more pics will be uploaded later.

Sunday, April 04, 2010

Shahrul Nizam & Ima Nazira

Selamat hari pertunangan Shah & Ima...!
*anak buah saya nih...

Location : Sungai Petani

Sunday, March 28, 2010

Tuan Mohamad & Azlinda

Mohamad & Linda... selamat hari pertunangan.... !
* Anak buah saya jugak nih...!
Location : Seberang Jaya, Penang

Saturday, February 20, 2010

Mustaqkhim & Nurul Suhaida

Mus & Su...tarikh dipilih 20 Feb 2010... bertempat di Butterworth berlangsunglah majlis kenduri bagi kedua mempelai. Mus.. org Bagan dan Su pulak org Kelantan.... Both of them are made in heaven... ;-). Ourselves very enjoyed capturing their "momento day"... they were sporting and very very very funny..!!! Yes...we had so much fun...!!!

Kami dari AriLa Production mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu....Terima kasih kerana sudi memilih kami untuk merakamkan detik2 indah u 2...

Location : Bagan, Penang

Sunday, February 14, 2010

Badri & Yusriani

Tarikh dipilih... Feb 14'2010... Valentine day... jatuh exactly on Chinese New Year 2010 the year of tiger... Mat Bad mengakhiri zaman bujangnya. Sebagai kawan lama, sekolah Tun Syeh Sheh, membesar sekali selama 5 tahun rasa macam adik beradik saja.... Kami mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua2 mempelai... Badri & Yusriani semoga dilimpahkan rahmah & bahagia hingga ke anak cucu.

Lebih 20 tahun yang lalu... kami (kawan2 lama Mat Bad) pernah mai rumah Bad ni waktu kakak dia kahwin. Kami datang naik keretapi dari Bukit Mertajam sampai ke Stesen Keretapi Kobah... jalan kaki di celah2 batas ban untuk sampai ke rumah Bad. Mengenang kembali, kami dilayan class VVIP di rumah family Bad. Malam tu kami dihidangkan dengan nasi bersama ikan tamban kering & sayur lemak rebung... nampak simple saja... tapi kami makan macam hantu raya malam tu pasai sedap yg tak dapat nak cerita..! Makan kenyang sampai esok pagi..!! Lepas makan, seperti biasa...hisap udara nyaman...lepak atas "wakaf kenduri" sembang2... sampai lewat malam/pagi.... dalam banyak2 cerita, yg tidak dapat dilupakan adalah al-kisah "MAT KILAT"... *cerita berulang kembali dengan gelak ketawa...!!! *oleh kerana cerita ini tidak mendapat kelulusan, maka tidak dapat disiarkan di laman ini. Kalu nak tau jugak sila berhubung personality dibawah.

Anyway, kenduri rumah Bad ini... bukan saja best tapi mengimbau cerita2 lama yang tersirat 20 tahun lalu. Stesen keretapi Kobah pun dah tak ada lagi sekarang ini but the memories still live within us.

Akhir cerita, kami sekali lagi mengucapkan selamat pengantin baru and selamat "menulis" new chapter in your life....

PS:- Terima kasih kerana jemput kami pi kenduri...dan minta maaf kalu ada puak2 yg kelaku tak senonoh semasa majlis dijalankan.... :-)..!

Location : Pendang, Kedah
MORE PICTURES

Sunday, December 27, 2009

Abdul Muiz & Nurul Fazlina

Muiz & Nurul... what a best experience with them... dua - dua sporting habis... :-). Rupa2nya dapat tahu..cerita dia abang dia orang dah prep both of them supaya posing habis-habisan. Anyway, their majlis perkahwinan diadakan pada 27 dec 2009...

Kami dari AriLa Production mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu....Terima kasih kerana sudi memilih kami untuk merakamkan detik2 indah u 2...

Location : Kuala Ketil, Kedah
MORE PICTURES